Monday 14 April 2014

Apa benar

Apa benar setiap Yahudi itu zionis,
Apa benar setiap Muslim itu terroris,
Apa benar peperangan itu adalah jalan penyelesaian,
atau apa benar setiap penyelesaian adalah peperangan.

Apa benar setiap kerajaan betul kerjanya,
Apa benar setiap pembangkang salah kerjanya,
Apa benar Br1m mensejahterakan rakyat,
Apa benar GST meringankan beban rakyat?

Apa benar golongan pekerja diakui haknya,
Apa benar golongan pekerja dinafi haknya,
Apa benar golongan atasan membela golongan bawahan,
atau apa benar golongan bawahan sering ditindas golongan atasan?

Apa benar ganja itu dadah,
Apa benar ganja bikin ketagih,
Apa benar ganja memudaratkan,
Atau apa benar ganja itu menyebabkan kematian?

Apa benar fahaman sosialis itu anti agama,
Apa benar fahaman komunis itu menolak kewujudan tuhan,
Apa benar kesemua fahaman sosialis dan komunis itu salah,
atau apa benar kapitalis ketika ini lebih benar berbanding sosialis dan komunis?

Apa benar Mahathir meragui hadis,
Apa benar Nik Aziz menyokong sekularis,
Apa benar org yg kamu kata itu Syiah adalah Syiah,
atau apa benar org yg kamu kata itu wahabi adalah wahabi?

Apa benar perkara 18/20 persekutuan Malaysia ditunai,
Apa benar kesemua tanah adat orang asal sudah dibolot,
Apa benar elektrik air sudah sampai ke pedalaman,
atau apa benar Borneo yang kaya sumber ini dianaktiri?

Jadi, siapa yang benar?



-terhasil pada 10april2014

No comments:

Post a Comment