Sunday 16 September 2012

Gig Punk tolak rasuah anjuran DAP

Ramai yang menyokong ramai juga yang membangkang bila sebuah parti pembangkang menganjurkan gig ini sempena hari Malaysia 16 sept 2012. Gig yang bertemakan "Malaysia milik kita bersama" ini bertempat di MCPA hall( Chinese Assembly Hall) pada ahad jam 8 malam. Band straight edge hc/punk Malaysia iaitu Second Combat dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu kumpulan hiphop 5forty2 juga dijemput mengadakan persembahan.

http://www.malaysiakini.com/news/208888

Apa masalah nya disini? Bagi aku tiada masalah mereka menganjurkan gig sebegini. Ia lebih bagus dari mengadakan konsert k-pop sempena hari belia lepas yang membelanjakan ratusan ringgit untuk membawa mereka(k-pop artist) ke Malaysia. Ahh terlalu membazir aku rasakan untuk itu. Banyak lagi yang berfaedah untuk belia.

Secara ringkasnya, Second Combat ditubukan pada 1995 adalah band hc/punk berasal dari Klang Valley yang mengamalkan fahaman Straight Edge iaitu menolak rokok, arak, seks bebas dan dadah dari kehidupan seharian. Vokalisnya(ein) juga adalah penaung sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Drug Free Youth Malaysia.



Mereka ini juga akan pergi ke sekolah2 berceramah tentang bahayanya dadah dalam kehidupan kita. Aku sendiri pernah mengikuti ceramah yang dianjurkan beliau dulu di sekolah menengah vokasional labuan, ia terlalu bebeza dengan ceramah2 dadah yang dianjurkan pihak sekolah. Mereka ini lebih menekankan penolakan dadah melalui muzik. Setiap lagu2 mereka akan ada mesej yang disampaikan. 

Band yang politikal ini juga sudah terkenal di eropah dan pernah beberapa kali ke eropah untuk membuat persembahan si sana. Kalau sapa2 yang mahu try stop hisap rokok, join la DFYA ni. hehe.
Banyak aktiviti dianjurkan juga dibawah DFYA. Skate comp, gig dan sebagainya. 

Check this out!! 
Second Combat (Facebook)

Drug Free Youth Malaysia (Facebook)

Friday 14 September 2012

Di mana terletaknya W.P Labuan?

Ada sesetangah orang masih tidak mengetahui di mana terletaknya W.P Labuan. Bagi yang berada di borneo mereka memang tahu terletaknya pulau bebas cukai ini. Sebelum menjadi wilayah, labuan adalah dibawah Sabah.





Sejarah asalnya, Labuan adalah sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada tahun 1963 Labuan yang ketika itu dibawah Sabah bergabung dengan tanah melayu untuk membentuk negara Malaysia. Nama asal Labuan pula adalah dari perkataan 'pelabuhan'. Semasa pemerintahan British ia digelar Victoria Island dan Maida island semasa pemerintahan Jepun sempena nama komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda

Labuan diisytihar sebagai wilayah persekutuan pada 1 februari 1984. Majoriti kaum yang tinggal di Labuan adalah dari kaum Melayu dari suku Kedayan dan Brunei serta minoriti kaum cina. Labuan mempunyai tinggalan sejarah yang banyak seperti peace park yang mana tempat penyerahan tentera Jepun kepada British.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui yang labuan mempunyai industri minyak dan gas serta industri perkapalan antaranya :

1. Labuan memiliki shipyard terbesar Asia.
2. Labuan memiliki methanol plant no.4 terbesar dunia.
3. Labuan adalah oil & gas hub dengan supply base terbaik di Malaysia.
4. Labuan adalah pemproses dan penjual sweet crude terbesar di Malaysia.
5. Jikalau berlaku konfrontasi, Labuan akan diserang terlebih dahulu kerana Labuan menjana 30% pendapatan negara dalam industri minyak dan gas. Lumpuh oil dan gas Labuan, akan lumpuh oil dan gas Sabah Sarawak.
6. Labuan mempunyai deposit arang batu berkualiti tinggi.
7. Labuan mempunyai pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.

8. Labuan adalah Pulau yang mempunyai status Pulau bebas cukai.






Kesimpulannya, berkunjunglah ke W.P Labuan :)

Thursday 13 September 2012

Isu hina menghina, kutuk mengutuk!

Salam sejahtera! 
Dalam tahun ini saja terlalu banyak orang menghina borneo. ahhh bodoh lahh untuk mereka2 yang menghina. apa tiada kesedaran atau tidak dididik dari kecil untuk menghormati agama, bangsa, negeri org lain?




Aku sendiri punya keluarga di sabah dan sarawak. Tiga tempat dikepulauan borneo ini(wp labuan, sabah, sarawak)adalah tempat aku. apa yg musykil nya, apa motif sebenar untuk mereka2 yg menghina ini? mahu provokasi kah? memecahbelahkan kaum? datang dulu sendiri disini dan lihat bagaimana puluhan kaum disii mengamalkan perpaduan.

Bukan mahu bangga tapi itu kenyataan. Aku sendiri punya kawan di tanah semenanjung. Tiada masalah antara kami selama ini, cuma ada segelintir orang yg cuba menjahanam kan hubungan antara semenanjung dan borneo.



Sudah2 lahh. buat lah benda berfaedah sikit dalam hidup kau. dari kau kutuk tempat orang, apa kata kau pergi busking. duit pun dapat kan. artikel ni tiada kena mengena pun dgn siapa2, sekadar mengingat kan. peace yaww!




Tuesday 11 September 2012

Serangkap dua kata......

Salam Sejahtera!
Ini kali pertama aku mempunyai blog sendiri. Alasannya, aku ketagih hendak menaip tentang apa saja sekeliling, apa saja yang bermain dalam kepala otak aku. Politik, muzik, alamsekitar, peperangan dan banyak lagi. Sila beri tunjuk ajar!