Friday 25 October 2013

Bagaimana GST berfungsi?

Bagaimana GST berfungsi? GST atau SST(sistem sekarang) yang membebankan rakyat?

Memang dari segi kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6
% berbanding 5-10%) tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

Tidak faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan di setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% saja la sebab hanya pengilang yg kena. Tapi kalau ikut GST, 6% x 3 = 18%

Sebagai contoh : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

Bermakna kalau ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82!



Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

GST lg menyenangkan? Memurahkan?

credit - Dr.Amirul Amin


Monday 16 September 2013

Selamat hari penubuhan Malaysia(Malaya, Sabah dan Sarawak)

16 sept 2013 genaplah 50tahun penubuhan Malaysia. Beberapa fakta penubuhan persekutuan Malaysia masih lagi kabur dikalangan rakyat Malaysia sendiri.

Antara faktanya, Malaysia ditubuhkan oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kemudian Singapura menarik diri keluar Malaysia, dan tinggal lah Malaya, Sabah dan Sarawak yg meneruskan persekutuan Malaysia. Sepatutnya tidak ada istilah Sabah dan Sarawak masuk Malaysia. Sabah, Sarawak dan Malaya lah yang menubuhkan Malaysia. 




Semasa penubuhan Malaysia, perjanjian juga dibuat oleh Sabah dan Sarawak.

Perjanjian perkara 18/20 Sabah dan Sarawak sini

Infografik hari Malaysia sini

Ada satu cerita saya ambil dari satu blog sempena 50tahun hari pembentukan Malaysia ini, begini ceritanya : 

Hari ini genap 50 tahun Malaysia merdeka. Malaysia umpama satu rumahtangga; Malaya selaku pengantin lelaki, Sabah dan Sarawak pula selaku isteri-isteri. Tak kesah lah dia berkahwin dengan dua isteri serentak; itu bukan isunya. Malaya dan isteri-isteri dari Borneo bernikah pada 16 September, 1963, di hadapan saksi-saksi dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipin, dan United Kingdom.

Malaya berjanji walaupun dia lelaki Islam, Sabah dan Sarawak boleh memilih agama mereka sendiri dan mereka boleh terus menggunakan bahasa Inggeris di rumah – Malaya tak akan memerintah ke atas mereka serupa seorang raja. Malaya juga berjanji anak-anak Sabah dan Sarawak akan dibesarkan di dalam suasana yang makmur; tidak dianaktirikan dan mereka bukan anak haram. Panjang ucapan Malaya hari itu. Dipendekkan cerita, Malaya memberi mas kahwin berupa 20 gantang janji-janji manis kepada Sabah dan 18 gantang kepada Sarawak. Boleh dibayar secara ansuran.

Sebagai isteri yang soleh, Sabah dan Sarawak taat kepada Malaya dan walaupun ada ketikanya pada 13 Mei 1969 Malaya balik ke rumah dalam keadaan mabuk, isteri berdua masih menyayangi sang suami. Sepanjang tempoh rumahtangga Malaysia, pahit manis mereka harungi bersama. Mereka berjaya tempuhi segala macam cabaran, dihormarti di serata dunia sehingga mereka boleh menjadi tuan rumah beberapa acara peringkat antarabangsa. Kejayaan terbaru mereka menjangkau angkasa lepas.

Tanah runtuh, jerebu, ancaman komunis, ekonomi meleset, kemelut politik, semangat 46 dan mahathir mania, gejala rasuah, skandal kehakiman, MRR2 retak, seks bebas dan drama altantuya, namewee dan jambatan bengkok, kartun sarawak tribune, bahana bolasepak negara, chongwei kempunan emas, dan macam-macam lagi rintangan dan kekecewaan… namun mereka masih hidup sebumbung, tidur satu kelambu, bagai pasangan sejoli, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

SILAP! kita tidak berdiri sama tinggi. Kami urang masih kemajuan rendah; kamu urang sudah tinggi melangit.

Seharusnya tidak begitu. Sepatutnya kita bekerjasama membela nasib kita. Sepatutnya kebajikkan Sabah dan Sarawak tidak diabaikan. Sepatutnya maruah Sabah dijaga bila jantan-jantan Manila datang meraba. Sepatutnya hak-hak Sarawak dipelihara bila watak-watak hitam cuba menelanjangkan jasad yang saban hari kekurangan kain menutup aurat. Sepatutnya Malaya bertindak. Malaya, dimana kelakianmu!

Lupakah sudah janji-janji yang terungkap di antara kita 46 tahun dahulu? Kita sepakat timbul bersama tenggelam bersama. Begitu sumpah kita semasa Malaysia diijab-kabulkan. Mana janji-janji 20-gantang? Jangan cuba berbuat dalih atau alasan hari ini. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau awak tak nak Malaysia lagi kami lagi lah tak ingin.

Andaikata Malaya sudah lupa sumpah 20-perkara, sila semak dalam sijil perkahwinan Malaysia 1963.


“When countries—particularly Sabah and Sarawak—are giving up one form of dependence for what they may think as another form of dependence, it is a very tricky situation. However, these countries now have the assurance from the new Federal Government that they will be able to work on their own individual lines, particularly in regard to immigration, education and religion. I hope that they will co-operate and be helped in furthering the prosperity of their countries (Sabah and Sarawak).” - Fenner Brockway in British Parliament 1963.

Saya tidak mengatakan supaya rakyat2 Sabah/Sarawak untuk memberontak, tapi hak2 Sabah dan Sarawak dalam perjanjian 18/20 haruslah dikembalikan dan menuntut hak kesamarataan. Cuba bayangkan Sabah adalah negara terkaya hasil bumi namun hari ini paling termiskin. 

Saya tidak menyalahkan rakyat di semenanjung(Malaya), saya juga banyak kawan disana. Namun pemimpin hari ini yang mencabul hal kami di borneo ini. Jangan kamu(Malaya)lupa, adik beradik mu(Sabah, Sarawak) di borneo ini akan haknya. Saya tidak menafikan segala usaha yg dilakukan pemerintah untuk Sabah dan Sarawak selama ini, yang menjadi persoalan, Apakah segala usaha itu sudah cukup setara dalam tempoh 50 tahun ini??

Datanglah ke Sabah, Sarawak. Masih ada tempat yg jalan nya tanah liat. Elektrik dan air juga masih belum ada di sesetengah tempat. Ini kemajuan yang pemimpin hari ini katakan?

Selamat hari penubuhan Malaysia!

Wednesday 26 June 2013

Apa motif cinta sebenarnya?

Apa sebenarnya motif cinta dalam kehidupan? Cinta punya banyak tafsiran mengikut fahaman seseorang. Cinta kepada tuhan, cinta kepada haiwan, cinta kepada alam, cinta kepada manusia dan sebagainya. Tapi aku mau cerita cinta sesama manusia ikut fahaman aku. Cinta kepada manusia atau sesama manusia seperti sifat kemanusian(berperikemanusian kalau dalam imbuhan nya). Ada manusia dera mendera, bunuh membunuh. Itu sifat kemanusian dia sudah tiada. Bukan2, aku mau cerita bukan pasal ni. aku mau cerita pasal cinta antara lelaki dan perempuan. Ok, teruskan..

Sebenarnya apa motif lelaki/perempuan mencari cinta antara mereka? Kadang2 terlampau mengarut! Mencari cinta hanya kerana bosan dengan kehidupan, walhal banyak perkara lain lagi boleh dibuat bukan. Di usia muda yang banyak mengarut! Contoh kau lelaki cari gf lah kononnya, ok sudah jumpa, couple lah kan atau bercinta. Jadi apa motif dalam perjalanan kau bercinta? Kalau kau benar2 tulus ikhlas, kenapa ada insan yang dikecewakan dan ada yang mengecewakan? Kenapa ada yang luka? Bunuh diri minum racun? Mengarut! Aku pun pernah bercinta, aku pun pernah kecewakan orang. Penyesalan tu sampai sekarang masih ada, tapi tu lah orang ckp "what goes around comes around". Setelah mengecewakan orang, aku pun dikecewakan. Tapi bagus jugak untuk pengajaran sebenarnya. Bila aku pikir semua benda ni balik, apa sebenarnya motif kita mencari cinta? Kalau benar cinta, perkataan untuk break up sepatutnya tidak ada dalam kamus orang bercinta. Benar, mungkin tidak ada jodoh. Tapi kenapa mesti mengungkap kan kata cinta sebelum itu? Kenapa harus memberi harapan tinggi?


Apa tujuan ketika dalam kita bercinta? Perjalanan cinta kita, destinasinya mahu kemana sebenarnya? Bila melihat orang bercinta, budak sekolah lah contohnya, kemana mereka mahu bawa cinta mereka? Mungkin ke jinjang pelamin? Mungkin juga sekadar untuk suka2 bercinta? Mengarut bila melihat kadang2 orang bertukar pasangan terlalu cepat, mudah melupakan cinta nya yang lepas. Atau mungkin sebelum itu dia bukan bercinta, tapi hanya ada perasaan suka bukan perasaan cinta? Semua orang sanggup buat apa saja demi cinta, lari dari rumah, lawan org tua, bergaduh sebagainya. Kuasanya cinta sangat besar.

Kesimpulannya aku sendiri masih mencari jawapannya. Dulu aku sendiri pun pernah silap. Yang aku pasti cinta tu kadang2 mengarut! Perasaan cinta itu sudah disalah tafsir oleh manusia untuk kegunaan atau kepentingan tertentu bagi mencapai hasratnya. Mungkin sebenarnya istilah bercinta itu tidak ada, yang ada hanya hubungan sesama manusia melainkan bila pasangan tersebut berkahwin. Dan di alam perkahwinan itulah cinta yang sebenar, cinta yang tulus dari pasangan tersebut. Selainnya berserah saja kepada tuhan.


Monday 20 May 2013

#BEBASKAN ADAM ADLI!!

Kebebasan untuk menyuarakan pendapat, dan kebebasan untuk berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan adalah sebahagian dari demokrasi.

Mengaitkan demonstrasi jalanan dengan keganasan, kekerasan dan huru-hara adalah skrip tipikal penguasa yang tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat.

DEFEND FREE SPEECH
STOP BEING SILENT
SPEAK UP AGAINST INJUSTICE
IN SOLIDARITY WITH ADAM ADLI



Sunday 5 May 2013

Statistik keputusan Pilihanraya-13 Malaysia

Pilihanraya-13 Malaysia sudah berakhir. Nampaknya Barisan Nasional masih mengekalkan tempat mereka dan masih releven dihati rakyat Malaysia. Manakala Pakatan Rakyat mempertahankan 3 negeri iaitu Kelantan, Selangor dan P.Pinang. Yang lain dibawah BN.

Terlalu banyak pro dan kontra PRU-13 kali ini. Antara topik hangat yang dibualkan di media sosial ialah ketelusan SPR, pengundi hantu, blackout dan pengiraan undi semula. Apapun hidup kena diteruskan. Yang menang jangan lupa janji kepada rakyat ya!

Dibawah adalah staistik keputusan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi:-










Thursday 28 March 2013

Part 2- Golongan Non-Partisan

Alamakk maaf. Baru ketika ini terluang menaip untuk part 2 iaitu golongan non partisan. Part 1 saya sudah taksirkan dalam pemikiran saya sendiri, terpulang anda untuk menilainya. ini bahagian non partisan pula. Teruskan..

Non partisan ialah kata lawanan bagi partisan. Pendapat saya non partisan adalah orang yang tiada kaitan langsung/ tidak berdaftar /tidak berpihak dengan mana2 parti politik tetapi masih mengambil tahu segala perkembangan politik. Jikalau dikatakan golongan non partisan ini tidak berparti adalah mungkin benar. Apa yang kita lihat sendiri secara logik akalnya ketika ini dalam politik Malaysia sendiri dimana parti yang memerintah akan berlawanan dengan parti pembangkang, begitu juga sebaliknya. Saling menyalahkan, fitnah, memburukkan parti lawan seperti sudah menjadi kewajiban. Walhal banyak lagi masalah rakyat yang belum diselesaikan. Apalagi parti yang memerintah kononnya yang demokrasi mendominasi arus media untuk memburukkan parti lawan.

Kebanyakkan non partisan ini adalah golongan remaja/mahasiswa/atas pagar atau mungkin golongan ketiga dalam politik. Golongan ketiga atau suara ketiga dalam non partisan ini yang sering diperkatakan ketika ini di arena2 gerakan bawah tanah. Tidak berpihak kepada kerajaan dan tidak juga berpihak kepada pembangkang tetapi membawa aliran arus politik baru dalam sistem politik Malaysia. Pemikiran yang lebih terbuka dan lebih berdemokrasi. Siapa mereka? tepuk dada tanya selera!

Ada juga golongan yang tidak mahu tahu apa pun tentang politik. Baginya politik hanyalah permainan sia2, politik mengarut, politik kotor. Bagi saya politik itu tidak kotor, yang kotornya adalah orang2 di dalam politik itu sendiri yang mengotorkannya. Bagaimana mereka tidak mahu tahu tentang politik? Mereka harus sedar, harus tahu kemana perginya duit cukai dan sebagainya pergi. Itu hak kita sebagai rakyat.

Apapun saya sendiri non partisan, tidak berpihak mana2 parti di Malaysia :). PRU-13 tidak lama lagi, tunggu masa bubar parlimen saja. Kita tunggu saja apa yang berlaku dalam politik Malaysia. 

Tuesday 26 February 2013

Golongan Partisan dan Non-Partisan

PART 1- Golongan Partisan

Dalam politik, golongan partisan adalah golongan yang berada dalam parti atau mendaftar dalam parti politik yang menyokong apa saja dasar parti. Mereka ini juga komited terhadap parti. Kebanyakkan partisan adalah mereka yang berjuang untuk halatuju sesebuah parti tersebut. Di Malaysia, parti politik terdiri daripada Barisan Nasional(BN), Parti Keadilan Rakyat(PKR), United Malay National Organisation(UMNO), Democratic Action Party(DAP) dan sebagainya. Apabila golongan partisan ini berada dalam sesebuah parti, kebanyakkannya akan menyokong apa saja parti lakukan walaupun tahu perkara itu baik dan buruk.

Tidak percaya? Itulah masalah partisan ini bila sudah taksub dengan parti kesayangan. Bila ada perkara yang salah atau tidak betul dianggap baik dan dianggap tidak salah. Sehingga kan ada pemimpin parti yang salah pun mereka pertahankan demi untuk menjaga nama parti. Contohnya di pihak UMNO/BN yang sudah goyah bila penyelewengan, gila kuasa, penipuan dibongkar hari demi hari. Yang hairannya, partisan parti tersebut semakin mempertahakan pula apa yang dilakukan dalam parti mereka. Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal.



Dipihak pembangkang yang makin hari semakin lantang bersuara membongkar ketidakadilan kerajaan menyebabkan yang memerintah tidak duduk diam. Apa lagi PRU13 bakal menjelang tidak lama lagi. Ketaksuban golongan partisan ini selalu menyebabkan pergaduhan di media2 sosial. Seolah2 parti itu sudah menjadi agama mereka, parti lah segala-galanya bagi mereka. Kalau parti tidak ada mereka akan merempat, kebuluran makanan. Sama juga halnya di pihak pembangkang, ada juga yang partisan yang taksub dengan parti. Fitnah2 yang dibuat dari kedua parti itu sudah biasa bagi mereka.

Seandai pihak PR diberi mandat oleh rakyat pada PRU13, beringat-ingat lah yaa. Jangan pula dicop macai sepertimana anda menggelar penyokong partisan BN. Saya bukan lah golongan yang partisan, untuk menumbangkan kerajaan yang banyak korupsi ketika ini, saya memerlukan PR. Kalau PR memerintah pun kelak, dan perkara sama dilakukannya seperti ketika ini, sama juga saya akan menentang PR. Kita adalah rakyat yang berkuasa untuk memilih.


Friday 18 January 2013

"Berubah menjadi alim" , antara ikhlas dan paksa?

Apa yang kalian fikirkan bila membaca tajuk diatas? "berubah menjadi alim" ia kini seperti satu fenomena terutamanya dikalangan pengguna wanita laman2 sosial facebook, twitter dan sebagainya. Yang dulunya tidak bertudung, sudah bertudung ketika ini. Yang tudungnya singkat sudah memakai tudung labuh. Yang ketat sudah jadi longgar. Alhamdulillah seandainya sudah ada kesedaran.

Apa sebenernya motif aku tulis benda ni aku sendiri tidak tahu, tapi rasa terpanggil untuk menaip. Ketika ini di karang, aku cuba mengikis dan mengelak dari berprasangka buruk. Siapa kita mahu menilai perubahan mereka, seandainya mereka ikhlas untuk berubah, berdosa kita menuduhnya. Tapi sejauh mana kebenaran perubahan mereka ini? Ikhlas kah atau terpaksa?


Saban hari banyak status kata2 hikmah, kata2 mutiara di laman2 sosial. Tidak kurang juga yang post nya mengimpikan seorang imam yang soleh untuk mereka kaum hawa kelak. Imam yang soleh? Apa benar kebanyakkan wanita yang 'berubah' ini sekadar mahu mencari perhatian dan mendapatkan imam yang soleh buat mereka? dengan post2 kata2 hikmah segalanya bisa membuatkan imam ini tertarik? Apa benar mereka ini berubah hanya mengikut hawa nafsu untuk mendapatkan imam yang soleh? atau cuma sekadar terpaksa kerana mahu taat kepada kekasih yang ingin melihat mereka berubah? Seandainya begitu niat wanita tadi, maka sia2 lah saja pada fikiran aku.

Beruntunglah wanita berkenaan jika takdirnya sampai ke akhir hayat bersama imam yang soleh yang di ingin2 kan nya selama nya. Bagaimana kalau sebaliknya? Takdir tuhan memisahkan mereka  dipertengahan jalan? Tidak kah kamu terfikir perubahan itu niatnya bukan kerana Allah? Tapi niat perubahan itu cuma pula mahu mendapatkan imam yang soleh? Apa yang kamu lakukan bila niat itu bukan kerana Allah dan imam kamu meninggalkan kamu sendiri? Kembali kepada kamu yang sebelum nya(sebelum berubah)?

Kebanyakkan wanita akan terpesona dengan lelaki yang soleh, dan kebanyakannya yang niat nya bukan kerana Allah akan tiba2 'berubah' sekadar cuma mahu mendapatkan si imam ini. Benarkah? Sungguh kesian seandainya benar. Perbetulkan lah semula niat kalian, taat lah pada tuhan mu. Bukan taat pada bukan suami atau bakal suami.

"sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" -Hassan al basri