Friday 21 December 2012

Bunuh warga Sarawak di Semenanjung?

Terlalu banyak page2 di facebook sebelum ini yang menghina sarawak juga sabah. Tapi banyak yang sudah tutup, tapi ada satu page ni belum lagi tutup. Orang cakap report polis sudah dibuat, tapi belum diambil tindakan.

Ada juga yang cakap admin page ni orang Indonesia, apa motif dia aku pun xtau lah. Aku bukan mahu bersifat kenegerian, tapi ini melibatkan negeri asal usul sendiri. Misal kata, negeri kamu sendiri tanah tumpah darah diperbodohkan, diperlakukan sebegini, mesti kamu sendiri akan marah juga kan? Tolong report page ni di facebook

Bunuh warga sarawak kat semenanjung



Saturday 10 November 2012

Selamat malam Rohingya!




Secara jujurnya, ini adalah kali pertama malam ini(10nov) saya mendengar lagu ini diputarkan di salah satu stesen radio. Saya sangat tertarik dengan lirik2 di dalamnya beserta sindirin mungkin?hehe

Lirik lagu Selamat malam Rohingya :

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu
Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahtera lah selalu


Selamat malam Rohingya
Meski lena mu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini tuhan mengujimu
Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahtera lah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyak lah berdoa
Jangan kau terlepas talinya.

Lagu: Syed Amran Syed Omar
Lirik: Zainal Rashid Ahmad

Thursday 1 November 2012

R.I.P Mitch Lucker (Suicide Silence)



Aku bukan peminat fanatik band ni. Tapi berita ini sangat
menyedihkan utk para metalhead ketika ini. Frontman Suicide Silence ini terbunuh akibat kemalangan motosikal. Info lanjut :

http://loudwire.com/suicide-silence-frontman-mitch-lucker-killed-in-motorcycle-accident/

RIP Mitch.

Friday 19 October 2012

Ohh Rockaway 2012, Ohh Soulfly

Rockaway 2012!! Soulfly, soulfly, soulfly!!! ahhh! Tolong bagi aku keajaiban utk tgk soulfly. hehe rugi rugi rugi.huhu


Saturday 13 October 2012

Malaysian Gags Status

Ini antara status page di facebook paling aku suka tahun ni. Status ni aku ambil dari page Malaysian Gags di facebook. Apa yang budak ni cakap memang logik dan berasas sangat2 sebab aku tinggal di Borneo, aku tahu bagaimana pendidikan budak sekolah, harga makanan, jalanraya dan macam2 lagi di pedalaman Sabah dan Sarawak. Baca dan fahami.

kenapa aku membangkang? aku ni hidup melarat sangat ke? tak boleh ke aku hidup macam orang biasa. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur, besok pagi bangun pergi kerja balik. dapat gaji, bayar hutang, ada balance beli baju sikit, rasa happy dan senyum. apa yang aku sumbang untuk society? tax? sampai ke duit tax aku kat society? ok. itu yang aku bangkangkan. because of what?

orang sekarang ke
banyakan terlalu bergantung hidup dalam comfort zone. they do not care about poverty, dorang tak kisah pasal keciciran pelajaran di kawasan luar bandar, dorang tak pernah fikir tentang berapa ramai yang mati setiap tahun sebab tak mampu beli ubat. apa yang dorang tau, tu semua kerajaan dah handle. buat apa kita sibuk? pandailah dorang buat kerja. you guys are fucking pathetic.


tak rasa kan benda benda ni? memanglah. duduk bandar. boleh eksyen. pakai fancy fancy, malam minggu boleh bertenggek. cuba pergi pedalaman sabah, sarawak, kawasan orang asli pahang, perak, johor. dorang ni yang banyak tertindas. kononnya dah dimajukan. tapi semua atas kertas dengan buletin utama je.
tiap tiap tahun ada peruntukan membasmi kemiskinan dalam belanjawan. tapi tak cukup. apa yang dikisahkan, buat bangunan tinggi tinggi, bikin international event gempak gempak sebab nanti semua negara mat saleh boleh nampak yang kita ni maju. what the hell is that for?


kerajaan dah kaut hasil bumi kat tempat tempat orang ni. menteri menteri datang 5 tahun sekali naik heli, kasi baju dacing lepas tu buat bodo. macai macai datang hari hari bawak traktor, bawak lori. balak kau angkut, pasir kau angkut, royalti kau masuk poket. seriously, buat apa ada bangunan 100 tingkat kalau anak anak asli ni masih belajar dalam reban? buat apa lantai kilat kilat tapi masih ada sekolah yang berlantaikan papan. buat apa kawalan keselamatan kat rumah menteri Gred A++ kalau anak anak asli ni hari hari pergi sekolah dengan risiko keselamatan? 


ok fine. kau kasi dorang 500. 500 ratus tu tahan sampai bila? sehari? seminggu? benda basic jelah buat. turun harga minyak. jadi semua harga barang khususnya barangan runcit akan turun. tua muda miskin kaya semua dapat merasa. ini orang asli pun beli petrol 500ml dua ringgit. tengok, kau tindas lagi.


jangan banyak membazir atas benda benda yang tak perlu. pentingkan kemudahan dan pendidikan masyarakat luar bandar. kau suruh orang balas budi. tapi bila dorang dah undi kau, tak pula kau balas budi dorang. kau yang patut bersyukur pada pengundi pengundi yang dah kau bodohkan selama ni. bukan dorang dan kami semua yang patut syukur kat kau. majukan minda, bukan batu konkrit. - Johan Malaysian Gags


Bagaimana? Aku tidak tahu bagaimana di pedalaman pahang, perak, johor di semenanjung. Tapi aku boleh cakap situasi di pedalaman Sabah Sarawak begitu. Mereka yang tinggal di pedalaman akan mengundi BN bila tiba pilihanraya, sebab? sebabnya mereka dijanjikan kemudahan. Bertahun-tahun lamanya, tapi hasilnya? Masih ada yang belum mendapatkan bekalan air, elektrik, jalanraya dsb.



Arwah ayah aku sendiri asalnya dari pedalaman rumah panjang di Sarawak sebelum beliau keluar mencari hidup yang lebih baik dan bertemu mama aku di Labuan. Dari kecil sampai beliau meninggal dunia sampai sekarang bekalan air,elektrik belum sampai lagi walhalnya dijanjikan selama bertahun-tahun lamanya. Sama juga halnya di pedalaman Sabah, jalan masih jalan tanah! Sekolah2 masih berlantaikan papan padahal Sabah adalah pengeluar minyak terbesar di Malaysia. Mana hasil bumi Sabah? Hasil bumi Sarawak? Belum lagi halnya tentang tanah2 adat yang dirampas oleh mereka.



Aku tidak menyalahkan warga di semenanjung, aku sendiri punya ramai kenalan disana. Ini sebabnya oleh pemimpin kita yang korup selama ini! Duit rakyat hak rakyat di cilok untuk kepentingan mereka. Sedarlah kita wahai yang di Borneo betapa penindasnya pemimpin yang menjanjikan selama ini. Ubahlah untuk kebaikan anak cucu cicit kita masa hadapan. Bangkit dan tuntut hak kita sebagai rakyat!

Sunday 16 September 2012

Gig Punk tolak rasuah anjuran DAP

Ramai yang menyokong ramai juga yang membangkang bila sebuah parti pembangkang menganjurkan gig ini sempena hari Malaysia 16 sept 2012. Gig yang bertemakan "Malaysia milik kita bersama" ini bertempat di MCPA hall( Chinese Assembly Hall) pada ahad jam 8 malam. Band straight edge hc/punk Malaysia iaitu Second Combat dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu kumpulan hiphop 5forty2 juga dijemput mengadakan persembahan.

http://www.malaysiakini.com/news/208888

Apa masalah nya disini? Bagi aku tiada masalah mereka menganjurkan gig sebegini. Ia lebih bagus dari mengadakan konsert k-pop sempena hari belia lepas yang membelanjakan ratusan ringgit untuk membawa mereka(k-pop artist) ke Malaysia. Ahh terlalu membazir aku rasakan untuk itu. Banyak lagi yang berfaedah untuk belia.

Secara ringkasnya, Second Combat ditubukan pada 1995 adalah band hc/punk berasal dari Klang Valley yang mengamalkan fahaman Straight Edge iaitu menolak rokok, arak, seks bebas dan dadah dari kehidupan seharian. Vokalisnya(ein) juga adalah penaung sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Drug Free Youth Malaysia.



Mereka ini juga akan pergi ke sekolah2 berceramah tentang bahayanya dadah dalam kehidupan kita. Aku sendiri pernah mengikuti ceramah yang dianjurkan beliau dulu di sekolah menengah vokasional labuan, ia terlalu bebeza dengan ceramah2 dadah yang dianjurkan pihak sekolah. Mereka ini lebih menekankan penolakan dadah melalui muzik. Setiap lagu2 mereka akan ada mesej yang disampaikan. 

Band yang politikal ini juga sudah terkenal di eropah dan pernah beberapa kali ke eropah untuk membuat persembahan si sana. Kalau sapa2 yang mahu try stop hisap rokok, join la DFYA ni. hehe.
Banyak aktiviti dianjurkan juga dibawah DFYA. Skate comp, gig dan sebagainya. 

Check this out!! 
Second Combat (Facebook)

Drug Free Youth Malaysia (Facebook)

Friday 14 September 2012

Di mana terletaknya W.P Labuan?

Ada sesetangah orang masih tidak mengetahui di mana terletaknya W.P Labuan. Bagi yang berada di borneo mereka memang tahu terletaknya pulau bebas cukai ini. Sebelum menjadi wilayah, labuan adalah dibawah Sabah.





Sejarah asalnya, Labuan adalah sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada tahun 1963 Labuan yang ketika itu dibawah Sabah bergabung dengan tanah melayu untuk membentuk negara Malaysia. Nama asal Labuan pula adalah dari perkataan 'pelabuhan'. Semasa pemerintahan British ia digelar Victoria Island dan Maida island semasa pemerintahan Jepun sempena nama komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda

Labuan diisytihar sebagai wilayah persekutuan pada 1 februari 1984. Majoriti kaum yang tinggal di Labuan adalah dari kaum Melayu dari suku Kedayan dan Brunei serta minoriti kaum cina. Labuan mempunyai tinggalan sejarah yang banyak seperti peace park yang mana tempat penyerahan tentera Jepun kepada British.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui yang labuan mempunyai industri minyak dan gas serta industri perkapalan antaranya :

1. Labuan memiliki shipyard terbesar Asia.
2. Labuan memiliki methanol plant no.4 terbesar dunia.
3. Labuan adalah oil & gas hub dengan supply base terbaik di Malaysia.
4. Labuan adalah pemproses dan penjual sweet crude terbesar di Malaysia.
5. Jikalau berlaku konfrontasi, Labuan akan diserang terlebih dahulu kerana Labuan menjana 30% pendapatan negara dalam industri minyak dan gas. Lumpuh oil dan gas Labuan, akan lumpuh oil dan gas Sabah Sarawak.
6. Labuan mempunyai deposit arang batu berkualiti tinggi.
7. Labuan mempunyai pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.

8. Labuan adalah Pulau yang mempunyai status Pulau bebas cukai.






Kesimpulannya, berkunjunglah ke W.P Labuan :)

Thursday 13 September 2012

Isu hina menghina, kutuk mengutuk!

Salam sejahtera! 
Dalam tahun ini saja terlalu banyak orang menghina borneo. ahhh bodoh lahh untuk mereka2 yang menghina. apa tiada kesedaran atau tidak dididik dari kecil untuk menghormati agama, bangsa, negeri org lain?




Aku sendiri punya keluarga di sabah dan sarawak. Tiga tempat dikepulauan borneo ini(wp labuan, sabah, sarawak)adalah tempat aku. apa yg musykil nya, apa motif sebenar untuk mereka2 yg menghina ini? mahu provokasi kah? memecahbelahkan kaum? datang dulu sendiri disini dan lihat bagaimana puluhan kaum disii mengamalkan perpaduan.

Bukan mahu bangga tapi itu kenyataan. Aku sendiri punya kawan di tanah semenanjung. Tiada masalah antara kami selama ini, cuma ada segelintir orang yg cuba menjahanam kan hubungan antara semenanjung dan borneo.



Sudah2 lahh. buat lah benda berfaedah sikit dalam hidup kau. dari kau kutuk tempat orang, apa kata kau pergi busking. duit pun dapat kan. artikel ni tiada kena mengena pun dgn siapa2, sekadar mengingat kan. peace yaww!




Tuesday 11 September 2012

Serangkap dua kata......

Salam Sejahtera!
Ini kali pertama aku mempunyai blog sendiri. Alasannya, aku ketagih hendak menaip tentang apa saja sekeliling, apa saja yang bermain dalam kepala otak aku. Politik, muzik, alamsekitar, peperangan dan banyak lagi. Sila beri tunjuk ajar!