Friday 14 September 2012

Di mana terletaknya W.P Labuan?

Ada sesetangah orang masih tidak mengetahui di mana terletaknya W.P Labuan. Bagi yang berada di borneo mereka memang tahu terletaknya pulau bebas cukai ini. Sebelum menjadi wilayah, labuan adalah dibawah Sabah.





Sejarah asalnya, Labuan adalah sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada tahun 1846, Labuan diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada tahun 1963 Labuan yang ketika itu dibawah Sabah bergabung dengan tanah melayu untuk membentuk negara Malaysia. Nama asal Labuan pula adalah dari perkataan 'pelabuhan'. Semasa pemerintahan British ia digelar Victoria Island dan Maida island semasa pemerintahan Jepun sempena nama komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda

Labuan diisytihar sebagai wilayah persekutuan pada 1 februari 1984. Majoriti kaum yang tinggal di Labuan adalah dari kaum Melayu dari suku Kedayan dan Brunei serta minoriti kaum cina. Labuan mempunyai tinggalan sejarah yang banyak seperti peace park yang mana tempat penyerahan tentera Jepun kepada British.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui yang labuan mempunyai industri minyak dan gas serta industri perkapalan antaranya :

1. Labuan memiliki shipyard terbesar Asia.
2. Labuan memiliki methanol plant no.4 terbesar dunia.
3. Labuan adalah oil & gas hub dengan supply base terbaik di Malaysia.
4. Labuan adalah pemproses dan penjual sweet crude terbesar di Malaysia.
5. Jikalau berlaku konfrontasi, Labuan akan diserang terlebih dahulu kerana Labuan menjana 30% pendapatan negara dalam industri minyak dan gas. Lumpuh oil dan gas Labuan, akan lumpuh oil dan gas Sabah Sarawak.
6. Labuan mempunyai deposit arang batu berkualiti tinggi.
7. Labuan mempunyai pelabuhan semulajadi yang terdalam di Malaysia.

8. Labuan adalah Pulau yang mempunyai status Pulau bebas cukai.






Kesimpulannya, berkunjunglah ke W.P Labuan :)

8 comments:

  1. nice info... org labuan erk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya saya org labuan. kelak saya akan post tentang slang org labuan pula. thanx

      Delete
  2. macam best je gi labuan..insya allah 1 hari nk ke sana gak :)

    ReplyDelete
  3. sorry tanya sikit...
    labuan dekat sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm...klu kmu bilang labuan dekat sabah, tu salah suda sebab labuan is wilayah prsekutuan n bukn lagi under kerajaan negeri sabah...tpi mungkin kmu maksudkn labuan brsebelahan dengan pantai barat daya negeri sabah kn?😅

      Delete