Monday 16 September 2013

Selamat hari penubuhan Malaysia(Malaya, Sabah dan Sarawak)

16 sept 2013 genaplah 50tahun penubuhan Malaysia. Beberapa fakta penubuhan persekutuan Malaysia masih lagi kabur dikalangan rakyat Malaysia sendiri.

Antara faktanya, Malaysia ditubuhkan oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kemudian Singapura menarik diri keluar Malaysia, dan tinggal lah Malaya, Sabah dan Sarawak yg meneruskan persekutuan Malaysia. Sepatutnya tidak ada istilah Sabah dan Sarawak masuk Malaysia. Sabah, Sarawak dan Malaya lah yang menubuhkan Malaysia. 




Semasa penubuhan Malaysia, perjanjian juga dibuat oleh Sabah dan Sarawak.

Perjanjian perkara 18/20 Sabah dan Sarawak sini

Infografik hari Malaysia sini

Ada satu cerita saya ambil dari satu blog sempena 50tahun hari pembentukan Malaysia ini, begini ceritanya : 

Hari ini genap 50 tahun Malaysia merdeka. Malaysia umpama satu rumahtangga; Malaya selaku pengantin lelaki, Sabah dan Sarawak pula selaku isteri-isteri. Tak kesah lah dia berkahwin dengan dua isteri serentak; itu bukan isunya. Malaya dan isteri-isteri dari Borneo bernikah pada 16 September, 1963, di hadapan saksi-saksi dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipin, dan United Kingdom.

Malaya berjanji walaupun dia lelaki Islam, Sabah dan Sarawak boleh memilih agama mereka sendiri dan mereka boleh terus menggunakan bahasa Inggeris di rumah – Malaya tak akan memerintah ke atas mereka serupa seorang raja. Malaya juga berjanji anak-anak Sabah dan Sarawak akan dibesarkan di dalam suasana yang makmur; tidak dianaktirikan dan mereka bukan anak haram. Panjang ucapan Malaya hari itu. Dipendekkan cerita, Malaya memberi mas kahwin berupa 20 gantang janji-janji manis kepada Sabah dan 18 gantang kepada Sarawak. Boleh dibayar secara ansuran.

Sebagai isteri yang soleh, Sabah dan Sarawak taat kepada Malaya dan walaupun ada ketikanya pada 13 Mei 1969 Malaya balik ke rumah dalam keadaan mabuk, isteri berdua masih menyayangi sang suami. Sepanjang tempoh rumahtangga Malaysia, pahit manis mereka harungi bersama. Mereka berjaya tempuhi segala macam cabaran, dihormarti di serata dunia sehingga mereka boleh menjadi tuan rumah beberapa acara peringkat antarabangsa. Kejayaan terbaru mereka menjangkau angkasa lepas.

Tanah runtuh, jerebu, ancaman komunis, ekonomi meleset, kemelut politik, semangat 46 dan mahathir mania, gejala rasuah, skandal kehakiman, MRR2 retak, seks bebas dan drama altantuya, namewee dan jambatan bengkok, kartun sarawak tribune, bahana bolasepak negara, chongwei kempunan emas, dan macam-macam lagi rintangan dan kekecewaan… namun mereka masih hidup sebumbung, tidur satu kelambu, bagai pasangan sejoli, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

SILAP! kita tidak berdiri sama tinggi. Kami urang masih kemajuan rendah; kamu urang sudah tinggi melangit.

Seharusnya tidak begitu. Sepatutnya kita bekerjasama membela nasib kita. Sepatutnya kebajikkan Sabah dan Sarawak tidak diabaikan. Sepatutnya maruah Sabah dijaga bila jantan-jantan Manila datang meraba. Sepatutnya hak-hak Sarawak dipelihara bila watak-watak hitam cuba menelanjangkan jasad yang saban hari kekurangan kain menutup aurat. Sepatutnya Malaya bertindak. Malaya, dimana kelakianmu!

Lupakah sudah janji-janji yang terungkap di antara kita 46 tahun dahulu? Kita sepakat timbul bersama tenggelam bersama. Begitu sumpah kita semasa Malaysia diijab-kabulkan. Mana janji-janji 20-gantang? Jangan cuba berbuat dalih atau alasan hari ini. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau awak tak nak Malaysia lagi kami lagi lah tak ingin.

Andaikata Malaya sudah lupa sumpah 20-perkara, sila semak dalam sijil perkahwinan Malaysia 1963.


“When countries—particularly Sabah and Sarawak—are giving up one form of dependence for what they may think as another form of dependence, it is a very tricky situation. However, these countries now have the assurance from the new Federal Government that they will be able to work on their own individual lines, particularly in regard to immigration, education and religion. I hope that they will co-operate and be helped in furthering the prosperity of their countries (Sabah and Sarawak).” - Fenner Brockway in British Parliament 1963.

Saya tidak mengatakan supaya rakyat2 Sabah/Sarawak untuk memberontak, tapi hak2 Sabah dan Sarawak dalam perjanjian 18/20 haruslah dikembalikan dan menuntut hak kesamarataan. Cuba bayangkan Sabah adalah negara terkaya hasil bumi namun hari ini paling termiskin. 

Saya tidak menyalahkan rakyat di semenanjung(Malaya), saya juga banyak kawan disana. Namun pemimpin hari ini yang mencabul hal kami di borneo ini. Jangan kamu(Malaya)lupa, adik beradik mu(Sabah, Sarawak) di borneo ini akan haknya. Saya tidak menafikan segala usaha yg dilakukan pemerintah untuk Sabah dan Sarawak selama ini, yang menjadi persoalan, Apakah segala usaha itu sudah cukup setara dalam tempoh 50 tahun ini??

Datanglah ke Sabah, Sarawak. Masih ada tempat yg jalan nya tanah liat. Elektrik dan air juga masih belum ada di sesetengah tempat. Ini kemajuan yang pemimpin hari ini katakan?

Selamat hari penubuhan Malaysia!

No comments:

Post a Comment