Friday, 18 January 2013

"Berubah menjadi alim" , antara ikhlas dan paksa?

Apa yang kalian fikirkan bila membaca tajuk diatas? "berubah menjadi alim" ia kini seperti satu fenomena terutamanya dikalangan pengguna wanita laman2 sosial facebook, twitter dan sebagainya. Yang dulunya tidak bertudung, sudah bertudung ketika ini. Yang tudungnya singkat sudah memakai tudung labuh. Yang ketat sudah jadi longgar. Alhamdulillah seandainya sudah ada kesedaran.

Apa sebenernya motif aku tulis benda ni aku sendiri tidak tahu, tapi rasa terpanggil untuk menaip. Ketika ini di karang, aku cuba mengikis dan mengelak dari berprasangka buruk. Siapa kita mahu menilai perubahan mereka, seandainya mereka ikhlas untuk berubah, berdosa kita menuduhnya. Tapi sejauh mana kebenaran perubahan mereka ini? Ikhlas kah atau terpaksa?


Saban hari banyak status kata2 hikmah, kata2 mutiara di laman2 sosial. Tidak kurang juga yang post nya mengimpikan seorang imam yang soleh untuk mereka kaum hawa kelak. Imam yang soleh? Apa benar kebanyakkan wanita yang 'berubah' ini sekadar mahu mencari perhatian dan mendapatkan imam yang soleh buat mereka? dengan post2 kata2 hikmah segalanya bisa membuatkan imam ini tertarik? Apa benar mereka ini berubah hanya mengikut hawa nafsu untuk mendapatkan imam yang soleh? atau cuma sekadar terpaksa kerana mahu taat kepada kekasih yang ingin melihat mereka berubah? Seandainya begitu niat wanita tadi, maka sia2 lah saja pada fikiran aku.

Beruntunglah wanita berkenaan jika takdirnya sampai ke akhir hayat bersama imam yang soleh yang di ingin2 kan nya selama nya. Bagaimana kalau sebaliknya? Takdir tuhan memisahkan mereka  dipertengahan jalan? Tidak kah kamu terfikir perubahan itu niatnya bukan kerana Allah? Tapi niat perubahan itu cuma pula mahu mendapatkan imam yang soleh? Apa yang kamu lakukan bila niat itu bukan kerana Allah dan imam kamu meninggalkan kamu sendiri? Kembali kepada kamu yang sebelum nya(sebelum berubah)?

Kebanyakkan wanita akan terpesona dengan lelaki yang soleh, dan kebanyakannya yang niat nya bukan kerana Allah akan tiba2 'berubah' sekadar cuma mahu mendapatkan si imam ini. Benarkah? Sungguh kesian seandainya benar. Perbetulkan lah semula niat kalian, taat lah pada tuhan mu. Bukan taat pada bukan suami atau bakal suami.

"sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" -Hassan al basri



1 comment:

  1. Teruskan menulis... do follow me http://alailavia90.blogspot.com/ hihi. i cant follow u la...

    ReplyDelete