Ramai yang menyokong ramai juga yang membangkang bila sebuah parti pembangkang menganjurkan gig ini sempena hari Malaysia 16 sept 2012. Gig yang bertemakan "Malaysia milik kita bersama" ini bertempat di MCPA hall( Chinese Assembly Hall) pada ahad jam 8 malam. Band straight edge hc/punk Malaysia iaitu Second Combat dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu kumpulan hiphop 5forty2 juga dijemput mengadakan persembahan.
http://www.malaysiakini.com/news/208888
Apa masalah nya disini? Bagi aku tiada masalah mereka menganjurkan gig sebegini. Ia lebih bagus dari mengadakan konsert k-pop sempena hari belia lepas yang membelanjakan ratusan ringgit untuk membawa mereka(k-pop artist) ke Malaysia. Ahh terlalu membazir aku rasakan untuk itu. Banyak lagi yang berfaedah untuk belia.
Secara ringkasnya, Second Combat ditubukan pada 1995 adalah band hc/punk berasal dari Klang Valley yang mengamalkan fahaman Straight Edge iaitu menolak rokok, arak, seks bebas dan dadah dari kehidupan seharian. Vokalisnya(ein) juga adalah penaung sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Drug Free Youth Malaysia.
Mereka ini juga akan pergi ke sekolah2 berceramah tentang bahayanya dadah dalam kehidupan kita. Aku sendiri pernah mengikuti ceramah yang dianjurkan beliau dulu di sekolah menengah vokasional labuan, ia terlalu bebeza dengan ceramah2 dadah yang dianjurkan pihak sekolah. Mereka ini lebih menekankan penolakan dadah melalui muzik. Setiap lagu2 mereka akan ada mesej yang disampaikan.
Band yang politikal ini juga sudah terkenal di eropah dan pernah beberapa kali ke eropah untuk membuat persembahan si sana. Kalau sapa2 yang mahu try stop hisap rokok, join la DFYA ni. hehe.
Banyak aktiviti dianjurkan juga dibawah DFYA. Skate comp, gig dan sebagainya.
Check this out!!
Second Combat (Facebook)
Drug Free Youth Malaysia (Facebook)
No comments:
Post a Comment