Friday, 25 April 2014

Review : Mosh zine / Norifumi zine

Aku x pernah review zine2 ni, ni pertama kali.haha.. tgn ni gatal mahu menaip.

Mosh zine #16 ni split dgn Norifumi zine #2. Pertama kali aku nampak di FB terus aku mahu beli zine ni. Sebab cover dia aku suka dan menarik. Aku beli sekali dgn Norifumi #1.

Mosh zine #16

Zine ni lebih kepada cerita personal hidup. Cerita pasal kehidupan dan pengalaman penulis. Best jugak, aku suka. Cerita dia sakit masuk hospital, ngeri juga.haha.. Cerita pasal isteri penulis, mcm "nasib baik you tak bawa Ipad masa berak mcm you bawa buku2 you kan?" lawak juga. haha.. Aku suka pesanan budak metal tu, power..hehe.. Ada juga yg aku sudah baca di blog penulis, sebab aku mmg follow blog dia. Cerita balik kampung pun ada, masa baca tu aku sedih sikit. Mungkin pasal teringat arwah bapa aku yg pergi awal masa aku darjah enam. Interview band antaranya ForeverxYoung, Iman's League dan Green Well. Selain tu ada review zine dan CD band.


Norifumi zine #1 & #2

Sebelum ni aku mmg tidak tahu langsung pasal Norifumi zine ni. Aku tau pun pasal Mosh split dgn Norifumi. Aku baca isu pertama dulu. Berkisar pasal kehidupan dan pengalaman penulis juga. Tapi ada lawak! haha.. Cerita pertama pasal makanan, aku rasa setiap org pernah rasa apa yg penulis ni rasa. Mcm aku, aku pun mana makan seafood. hehe.. Tapi yg best cerita pasal kak ton! haha..
Puisi pun ada diselit.

Isu kedua split dgn Mosh zine. Cerita pasal pengalaman penulis juga. Lawak tetap ada! mcm "satan segar ada disini" haha. Yang kedua ni banyak lawak juga, tp aku mcm belum puas baca. kalau ada isu ketiga nnt aku mahu beli.hehe.. Tapi aku mahu tau, cerita2 dalam tu isu 1 dan 2 semua betul atau ada yg direka? haha.

Sekian review aku.

Baca zine mcm ni, cerita personal hidup atau pengalaman ni best jugak. Kalau hari2 baca bahan politik, revolusi atau radikal penat jugak otak.hehe.. Tapi dua2 zine ni aku suka. Sebelum zine ni sampai dekat tgn aku, aku pergi selongkar di stor pos cari sampul zine ni. Sebab dulu selalunya kalau sampul stem dorg htr dekat kedai runcit kampung aku. Tapi sekarang sudah tidak ada lagi, terpaksa pergi pos cari dekat stor dorg. hehe.. ahh apapun terbaik zine ni.


Contact : Facebook- Ahmad Nizang Abdullah(Mosh Zine)
          bearamranbear@gmail.com (Norifumi Zine)


*Norifumi Zine boleh dapatkan dgn nizang jugak.


Aku dgn member aku pun ada perancangan utk buat zine. Sebelum ni kami ada buat jugak, tp mcm newsletter la. Utk bagi kawan2 ja.
Lepas ni kami akan fokus utk zine.

Monday, 14 April 2014

Apa benar

Apa benar setiap Yahudi itu zionis,
Apa benar setiap Muslim itu terroris,
Apa benar peperangan itu adalah jalan penyelesaian,
atau apa benar setiap penyelesaian adalah peperangan.

Apa benar setiap kerajaan betul kerjanya,
Apa benar setiap pembangkang salah kerjanya,
Apa benar Br1m mensejahterakan rakyat,
Apa benar GST meringankan beban rakyat?

Apa benar golongan pekerja diakui haknya,
Apa benar golongan pekerja dinafi haknya,
Apa benar golongan atasan membela golongan bawahan,
atau apa benar golongan bawahan sering ditindas golongan atasan?

Apa benar ganja itu dadah,
Apa benar ganja bikin ketagih,
Apa benar ganja memudaratkan,
Atau apa benar ganja itu menyebabkan kematian?

Apa benar fahaman sosialis itu anti agama,
Apa benar fahaman komunis itu menolak kewujudan tuhan,
Apa benar kesemua fahaman sosialis dan komunis itu salah,
atau apa benar kapitalis ketika ini lebih benar berbanding sosialis dan komunis?

Apa benar Mahathir meragui hadis,
Apa benar Nik Aziz menyokong sekularis,
Apa benar org yg kamu kata itu Syiah adalah Syiah,
atau apa benar org yg kamu kata itu wahabi adalah wahabi?

Apa benar perkara 18/20 persekutuan Malaysia ditunai,
Apa benar kesemua tanah adat orang asal sudah dibolot,
Apa benar elektrik air sudah sampai ke pedalaman,
atau apa benar Borneo yang kaya sumber ini dianaktiri?

Jadi, siapa yang benar?



-terhasil pada 10april2014

Sunday, 6 April 2014

Edisi Pertama : Buku Jalanan Labuan #1

Siapa tahu buku jalanan? Bagi yang tidak tahu, boleh rujuk sini dan sini

Buku jalanan Labuan(BJL) berlangsung pertama kalinya pada 30hb Mac 2014 pada pukul 9am-12pm, di Labuan walk, W.P Labuan.


BJL dicadangkan oleh saudara Adam pada awal november tahun lepas(2013) lagi ketika dia study di KL. Aku menerima satu mesej di laman sosial Facebook dari Adam dan mencadangkan aktiviti BJL dibuat di Labuan. Lepas kembali ke Labuan dan beberapa kali perbincangan dengan teman2 lain, edisi pertama BJL dibuat pada 30hb Mac 2014. Sedikit gambar untuk edisi pertama BJL : 





Seterusnya boleh lihat sini

Terima kasih yang datang dan menyokong BJL. Jumpa di edisi seterusnya!

"Penterjemahan bersama kekuatan akal dari membaca"

Follow kami :

Facebook : https://www.facebook.com/bukujalananlabuan
Twitter : https://twitter.com/BJLabuan
Instagram : http://instagram.com/bukujalananlabuan

Friday, 25 October 2013

Bagaimana GST berfungsi?

Bagaimana GST berfungsi? GST atau SST(sistem sekarang) yang membebankan rakyat?

Memang dari segi kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6
% berbanding 5-10%) tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

Tidak faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan di setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% saja la sebab hanya pengilang yg kena. Tapi kalau ikut GST, 6% x 3 = 18%

Sebagai contoh : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

Bermakna kalau ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82!



Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

GST lg menyenangkan? Memurahkan?

credit - Dr.Amirul Amin


Monday, 16 September 2013

Selamat hari penubuhan Malaysia(Malaya, Sabah dan Sarawak)

16 sept 2013 genaplah 50tahun penubuhan Malaysia. Beberapa fakta penubuhan persekutuan Malaysia masih lagi kabur dikalangan rakyat Malaysia sendiri.

Antara faktanya, Malaysia ditubuhkan oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kemudian Singapura menarik diri keluar Malaysia, dan tinggal lah Malaya, Sabah dan Sarawak yg meneruskan persekutuan Malaysia. Sepatutnya tidak ada istilah Sabah dan Sarawak masuk Malaysia. Sabah, Sarawak dan Malaya lah yang menubuhkan Malaysia. 




Semasa penubuhan Malaysia, perjanjian juga dibuat oleh Sabah dan Sarawak.

Perjanjian perkara 18/20 Sabah dan Sarawak sini

Infografik hari Malaysia sini

Ada satu cerita saya ambil dari satu blog sempena 50tahun hari pembentukan Malaysia ini, begini ceritanya : 

Hari ini genap 50 tahun Malaysia merdeka. Malaysia umpama satu rumahtangga; Malaya selaku pengantin lelaki, Sabah dan Sarawak pula selaku isteri-isteri. Tak kesah lah dia berkahwin dengan dua isteri serentak; itu bukan isunya. Malaya dan isteri-isteri dari Borneo bernikah pada 16 September, 1963, di hadapan saksi-saksi dari Singapura, Brunei, Indonesia, Filipin, dan United Kingdom.

Malaya berjanji walaupun dia lelaki Islam, Sabah dan Sarawak boleh memilih agama mereka sendiri dan mereka boleh terus menggunakan bahasa Inggeris di rumah – Malaya tak akan memerintah ke atas mereka serupa seorang raja. Malaya juga berjanji anak-anak Sabah dan Sarawak akan dibesarkan di dalam suasana yang makmur; tidak dianaktirikan dan mereka bukan anak haram. Panjang ucapan Malaya hari itu. Dipendekkan cerita, Malaya memberi mas kahwin berupa 20 gantang janji-janji manis kepada Sabah dan 18 gantang kepada Sarawak. Boleh dibayar secara ansuran.

Sebagai isteri yang soleh, Sabah dan Sarawak taat kepada Malaya dan walaupun ada ketikanya pada 13 Mei 1969 Malaya balik ke rumah dalam keadaan mabuk, isteri berdua masih menyayangi sang suami. Sepanjang tempoh rumahtangga Malaysia, pahit manis mereka harungi bersama. Mereka berjaya tempuhi segala macam cabaran, dihormarti di serata dunia sehingga mereka boleh menjadi tuan rumah beberapa acara peringkat antarabangsa. Kejayaan terbaru mereka menjangkau angkasa lepas.

Tanah runtuh, jerebu, ancaman komunis, ekonomi meleset, kemelut politik, semangat 46 dan mahathir mania, gejala rasuah, skandal kehakiman, MRR2 retak, seks bebas dan drama altantuya, namewee dan jambatan bengkok, kartun sarawak tribune, bahana bolasepak negara, chongwei kempunan emas, dan macam-macam lagi rintangan dan kekecewaan… namun mereka masih hidup sebumbung, tidur satu kelambu, bagai pasangan sejoli, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

SILAP! kita tidak berdiri sama tinggi. Kami urang masih kemajuan rendah; kamu urang sudah tinggi melangit.

Seharusnya tidak begitu. Sepatutnya kita bekerjasama membela nasib kita. Sepatutnya kebajikkan Sabah dan Sarawak tidak diabaikan. Sepatutnya maruah Sabah dijaga bila jantan-jantan Manila datang meraba. Sepatutnya hak-hak Sarawak dipelihara bila watak-watak hitam cuba menelanjangkan jasad yang saban hari kekurangan kain menutup aurat. Sepatutnya Malaya bertindak. Malaya, dimana kelakianmu!

Lupakah sudah janji-janji yang terungkap di antara kita 46 tahun dahulu? Kita sepakat timbul bersama tenggelam bersama. Begitu sumpah kita semasa Malaysia diijab-kabulkan. Mana janji-janji 20-gantang? Jangan cuba berbuat dalih atau alasan hari ini. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau awak tak nak Malaysia lagi kami lagi lah tak ingin.

Andaikata Malaya sudah lupa sumpah 20-perkara, sila semak dalam sijil perkahwinan Malaysia 1963.


“When countries—particularly Sabah and Sarawak—are giving up one form of dependence for what they may think as another form of dependence, it is a very tricky situation. However, these countries now have the assurance from the new Federal Government that they will be able to work on their own individual lines, particularly in regard to immigration, education and religion. I hope that they will co-operate and be helped in furthering the prosperity of their countries (Sabah and Sarawak).” - Fenner Brockway in British Parliament 1963.

Saya tidak mengatakan supaya rakyat2 Sabah/Sarawak untuk memberontak, tapi hak2 Sabah dan Sarawak dalam perjanjian 18/20 haruslah dikembalikan dan menuntut hak kesamarataan. Cuba bayangkan Sabah adalah negara terkaya hasil bumi namun hari ini paling termiskin. 

Saya tidak menyalahkan rakyat di semenanjung(Malaya), saya juga banyak kawan disana. Namun pemimpin hari ini yang mencabul hal kami di borneo ini. Jangan kamu(Malaya)lupa, adik beradik mu(Sabah, Sarawak) di borneo ini akan haknya. Saya tidak menafikan segala usaha yg dilakukan pemerintah untuk Sabah dan Sarawak selama ini, yang menjadi persoalan, Apakah segala usaha itu sudah cukup setara dalam tempoh 50 tahun ini??

Datanglah ke Sabah, Sarawak. Masih ada tempat yg jalan nya tanah liat. Elektrik dan air juga masih belum ada di sesetengah tempat. Ini kemajuan yang pemimpin hari ini katakan?

Selamat hari penubuhan Malaysia!